Berita Terkini

Sasar satu juta ahli Peladang menjelang 2021

PONTIAN - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melancarkan sistem permohonan ahli secara dalam talian www.pklik.lpp.gov.my sempena Kempen Satu Juta Ahli Peladang menjelang 2021.

 

Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya menyasarkan 30 peratus daripada jumlah tersebut merupakan peladang muda yang bakal menerajui sektor perladangan negara pada masa hadapan.

 

Menurutnya, LPP membuka lebih banyak ruang termasuk pembiayaan dan melatih golongan tersebut dalam bidang keusahawanan pertanian termasuk memperkasakan agropreneur muda.

 

“Sekarang kita ada 920,000 ahli dan untuk menarik minat golongan muda, kita akan melibatkan mereka dalam projek menggunakan teknologi aras tinggi.

 

“Sebelum ini untuk daftar ahli Peladang, kena hantar borang tapi sekarang secara atas talian akan terus ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

 

“Kita telah putuskan bahawa saham kecil nak layak jadi ahli peladang hanya RM10 sahaja,” katanya ketika berucap pada Himpunan Peladang Kawasan Pontian Selatan dan Flag Off Countdown Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di sini semalam.

 

Perasmian program dan pelancaran aplikasi Pklik disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

 

Mazlan berkata, ramai anak muda sebelum ini kecewa apabila kertas cadangan memohon pembiayaan projek pertanian mereka ditolak kerana pelbagai kerenah birokrasi.

Halaman 1 dari 8